24.9.2013
Wednesday, 25 September 2013 ❖ 3:34:00 pm | 0 Comment [s]


Aku,
Akulah manusia yang paling bahagia,
Insan yang lemah,
Tetapi tidak pernah menunjukkan rasa itu,
Aku hebat dalam segala hal,
Akulah pakarnya,
Akulah,
Pakar menangis dalam diam,
Pakar membahan manusia,
Pakar membuat kecoh,
Pakar sakit gastrik,
Akulah orangnya.

Tetapi,
Aku kalah dalam satu hal,
Melupakan seseorang yang telah aku cintai,
Aku teruk dalam hal itu,
Jika ada ujian untuk itu,
Pasti aku akan gagal,
Aku pasti,
Akulah manusia yang akan memalukan nama sendiri.

Akan tetapi,
Bukan aku sahaja yang merasakan perkara itu,
Ramai lagi yang "HEBAT" dalam perkara "MELUPAKAN",
Bukan kerana terlampau ikutkan perasaan,
Cuma,
Perasaan yang hadir tanpa diduga.

Semalam, 24.9.2013
Sudah lama rasanya aku melupakan si kekasih,
Tapi ia muncul semula,
Aku buntu,
Aku ingin mencari sahabatku,
Tetapi ia hilang seakan-akan angin yang menghembus,
Aku mula berjalan bersendirian,
Menunggu ummi di tempat biasa,
Bus stop tepi sekolah,
Itulah tempatnya.

Sebelum keluar dari pagar sekolah,
Ada 2 orang lelaki yang aku amat kenal perwatakannya,
Mengikut arahku kemana sahaja,
Aku mula merasakan sesuatu,
Aku terdiam,
Meneruskan perjalanan,
Walaupun ada yang mula menyakat.

Tibalah masa untukku berpisah "jalan" dengan mereka,
Aku ke kanan,
Mereka ke kiri,
Aku fikir aku sudah selamat daripada mereka,
Berapa minit kemudian,
Dia mula mengikut langkahku,
Aku termenung sejenak,
Aku tahu siapa yang duduk dibelakangku,
Aku terduduk kaku.

Perasaan bercampur,
Ada gembira,
Sedih,
Meroyan,
Mungkin kerana terlampau inginkan "benda" lama,
Kawannya menegurku "Mia ni dahla duduk sorang-sorang"
Aku menoleh kebelakang,
Rupanya Putera Danial yang agak ada rupa menegurku,
Aku tersenyum sinis.

Beberapa saat kemudian,
Gangguan daripada jembalang yang tiba-tiba muncul itu mengacauku,
Dia membaling batu besar ke tanganku,
Aku menoleh sambil berkata "Jangan kacau akulah"
Aku fikir itu kawannya, si PD,
Lantang PD berkata "Bukan akulah"
Aku abaikan kerana aku sudah mula tahu siapa yang ganggu aku,
Sekali lagi,
Dia membaling batu ke arahku,
Ke arah sanggulku,
Siapa tak rasa,
Aku terdiam memendam pandangan,
Dia buat sekali lagi,
Membaling kayu kearah aku,
Hati aku mula mencarut,
Aku mula mahu mengangkat punggungku dari tempat itu,
Tetapi kemana harusku membawa diri?
Aku abaikan sahaja kelakuan dia.

Aku terus menunggu ummi,
Sambil merungut dalam hati "Mana ummi ni, lambatnya"
Selepas beberapa minit,
Aku nampak kelibat kereta waja milik ummi,
Aku terus tersenyum,
Melonjak kegembiraan,
Aku bangun,
Lalu ada suara yang menyapa,
Dia berkata "BYE MIA"
Aku tidak membalasnya,
Lama kemudian,
Rasa tidak senang hati,
Nanti ada yang digelar sombong,
Aku menoleh dan berkata "BYE"

Sampai dirumah,
Aku terus berangan,
Kepala mula rasa sesuatu,
Almaklumlah,
Kalau hati masih sayang,
Fikiran rasa sayang masih ada,
Aku mula merasakan yang indah akan berlaku,
Malam itu,
Aktivitiku seperti biasa,
Membelek telefon bimbit pemberian ayah,
Tiba-tiba,
Tanpa disangka,
Ada mesej daripada DIA,
Dia meminta maaf akan kejadian tadi,
Aku marah,
Mana dia tahu?
Itu menjadi persoalannya,
Apa-apa pun aku bahagia,
Itulah kenangan terindah,
Selepas tidak lagi digelar "SAYANG"

Love 
Mia


Older Post | Newer Post

Welcome Note

Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is Nurfarah Damia . Facebook
Twitter







Let's Talking here!









Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia
Other: