Kakak
Saturday, 21 September 2013 ❖ 4:06:00 pm | 0 Comment [s]

Ceritanya bermula begini,
Beberapa bulan yang lepas,
Aku duduk berseorangan di bus stop,
Dan ada seorang kakak senior bertanya kepadaku,
Soalannya berbunyi begini,
"Nurfarah Damia kan?"
Lantas aku menjawab "ye".
Kakak itu senyum kepadaku.
Aku masih tertanya-tanya siapakah dia.
Dia mengenali aku kah?

Sudah lama kemudian,
Adalah beberapa tweets yang aku post.
Dia kenal aku, dia membalas tweet itu,
Pada mulanya aku hanya menggunakan kata ganti nama yang berbunyi "kau dan aku"
Tapi selepas beberapa hari kemudian,
Dia ada berkata tentang,
Dia tidak suka akan panggilan itu,
Tidak sopan katanya.
Dan mulai itu aku mula memanggilnya dengan "nama",
Bukankah itu lebih hormat?
Jadi aku terus menggunakannya.

Kini,
Aku mula hairan sejak bila kita rapat,
Tak mungkinlah kerana "tweet" sahaja,
Lama-kelamaan, 
Aku makin rapat dengannya,
Di sekolah jika bertemu mesti bertegur sapa,
Aku masih ingat semasa KEM IBADAH,
Kita agak manja bersama,
Sudah menjadi kebiasaan apabila mendengar bahan daripada rakan-rakannya,

Kadang-kadang,
Aku cuba menjauhkan diri daripadanya,
Bukan apa,
Ramai yang berkata,
"Mentang-mentang rapat dengan seniors, naik kepala pula"
Aku tidak suka akan kata-kata mereka,
Ada juga aku cuba menerangkan kata-kata itu,
Tetapi aku gagal,
Iyalah orang yang sudah gembirakan aku,

Walaupun kami baru kenal,
Banyak kenangan yang diukir bersama,
Aku sayang akan dirimu,
Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati,
Untuk aku,
ENGKAULAH SENIOR YANG PALING BEST SEKALI.

Jujurku katakan
Aku sayang engkau :)

Love,
Mia



Older Post | Newer Post

Welcome Note

Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is Nurfarah Damia . Facebook
Twitter







Let's Talking here!









Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia
Other: