
|
la tahzan
Friday, 6 September 2013 ❖ 9:07:00 pm | 0 Comment [s]
Perbuatanmu membuatku tertanya-tanya,
Siapakah gadis yang pulang bersamamu tadi?
Hatiku mula merasa
sesuatu yang menyakitkan.
Ada pula naluri hati yang
berkata, "mereka hanya berkawan, tiada apa yang perlu dirisaukan"
puasku mencari identiti gadis yang bersama dia
setelahku merenung sejenak, barulah aku dapat meneka itu
siapa.
dan tekaanku betul dan tepat.
aku menarik nafas panjang tanda lega.
mahu sahaja aku menerjah mereka.
ada pula bidadari yang cantik mengingatkan aku
"jangan terlampau ikutkan perasaan, dia takde ape yang istimewa"
lalu aku berkata
"dia ada, kalau tak, tak jatuh cinta pada mula pengenalan"
lalu dia menjawab "bersabarlah sayang, takde ape
yang menarik tentang dia, percayalah"
perasaan cemburu menguasai diri, tapi apakan daya.
tanpa henti hatiku berkata "la
tahzan innallaha ma'ana" yang bermaksud, jangan
bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu.
aku cuba menahan
kesakitan dalam diri.
ada juga yang mencuitku menjadi batu api.
aku cuba bersabar dengan kata-kata yang memanaskan telingaku.
mahu lalu dijalan yang biasa aku lalui.
selagi lagi bidadari yang cantik berkata "sudahlah,
dia tak kisahkan siapa-siapa lagi melainkan gadis yang bersama dia itu"
aku mula sentap.
aku cuba tenangkan diri untuk tidak menunjukkan wajah
yang tidak senang kepadanya.
aku terus tersenyum walaupun ia menusuk jantungku
masuknya kedalam kereta, aku mula menceritakan hal ini
kepada ibuku, Salina
ibuku terus bertanya kenapaku, kerana aku
masuk kereta tanpa menyalam tangan ibuku
ibuku berasa sungguh
pelik akan perbuatanku yang tidak senang
sampai dirumah, ibuku bertanya sekali lagi "kakak okay?" lantang aku berkata "biasa jelah. im ok"
sebelum naik ke bilik, aku sempat mencium
ibuku dan meminta maaf atas perbuatanku tadi.
ibuku membalas ciuman dengan pelukan dan
berkata "la tahzan innallaha ma'ana"
aku terkedu kerana
itulah ayat yang sering aku ulangi
masuk sahaja kedalam
bilik
tanpa menukar uniform sekolah, aku terus menghempas
badanku diatas katil.
mataku terpandang akan gambar lama yang aku tampalkan didinding bilik
tanpa disedari air mata mengalir tanpa henti.
aku cuba menahan, tetapi
ia tetap mengalir seperti air sungai yang terus mengalir walaupun disekat
aku cuba menenangkan
diri.
aku penat mengesat air mata
akhirnya, aku terlena dengan ajakan mimpi...........
|
![]() Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is Nurfarah Damia . Facebook ![]() ![]() ![]() Template Designer: Aien Editor: Nana Euphemia Other: ✿ ✿ ✿ |