Mungkin kerana terpedaya
Friday, 1 November 2013 ❖ 1:09:00 pm | 0 Comment [s]

Mulanya kita bersua selepas sebulan hilang entah kemana,
Ada je depan mata,
Tapi masing-masing menghilangkan diri,
Mungkin kerana takdir,
Allah temukan kita balik.

Engkau kata,
Engkau rindukan aku,
Engkau minta maaf bertubi-tubi,
Seolah-olah engkaulah penyebabnya,
Kau kata kau ego,
Kau minta aku maafkan kau,
Dah seperti berjanji tidak membuat lagi,
Pada mulanya,
Agak susah aku mahu percaya kata-katamu,
Tetapi apakan daya,
Kerana hati mudah sangat jatuh,
Aku jatuh untuk kali ketiga,
Padahal aku sudah tahu penghujungnya,
Saja mahu "try",
Mungkin kali ni dia betul-betul serious.

Aku cuba dalami ayat kau,
Kau cuba melafazkan kata-kata sayang,
Aku tidak pernah putus menolak ayatmu,
Tahu kenapa?
Sebab aku nak jaga hati orang,
Ummi cakap,
"Kalau kita jaga hati orang, jaga perasaan orang, insyaAllah semua ok"
Aku cuba fahami kata-kata kau,
Walaupun aku tahu semua ini akan berlaku sekali lagi,
Aku sayang kau,
Memang pada awalnya aku tahu,
Aku tahu yang engkau hanya mainkan perasaan aku untuk kali kedua,
Aku dah agak,
Sebab selepas kau tinggalkan "perempuan" itu,
Engkau terus datang kepadaku seolah-olah kau tak pernah buat aku luka,
Kau merayu-rayu meminta maaf,
Aku terima maaf kau,
Kau tahu kenapa?
"Sedangkan Nabi Muhammad pun memaafkan hambaNya apatah lagi kita insan yang jahil"
Aku pegang kata-kata itu,
Kerana aku tahu,
Tak elok bermusuhan lama-lama.

Hari ini 1/11/2013,
Mungkin hari yang mendung bagiku,
Penat aku menangis mengasah rasa sakit,
Kau tahu kenapa?
Hati aku tergerak mahu melihat whatsapp kawan-kawanku,
Yang konon dulunya selalu bantu aku jika ada kesulitan dalam cinta,
Rupanya kawan sendiri dilayan lebih daripada aku,
Mungkin kerana mereka lebih istimewa,
Atau mungkin mereka lebih mahal daripada aku,
Yang mudah sangat memberi muka kepada kau,
Ye aku tahu,
Tapi kenapa kena bagi aku harapan?
Lepas itu kau biarkan aku sendiri,
Kenapa?
Tak boleh cakap yang kau sudah berpunya?
Penatlah sayang,
Kerana aku terlampau sayangkan kau, 
Aku sendiri tersungkur,
Apa semua ni?
Kau mainkan aku lagi?
Kau jahat!
Kejam!
Kau kata kau tidak mahu kecewakan aku,
Tapi ini?
Apa ni?
Tak penat ke kau mainkan orang yang sama?
Yang kau tahu aku akan desak kau itu ini?
Jahatnya kau.

Aku terlampau sayangkan kau,
Sampai tidak mampu mengeluarkan kata-kata memaki hamun,
Aku hanya mampu mengalirkan air mata,
Apa kau fikir kau bagus sangat mahu mainkan perasaan aku?
Apa kau fikir aku ni senang untuk gunakan?
Kau silap,
Sebenarnya aku ni keras hati,
Aku kuat dengan kata-kata kau yang dibalas sepatah,
Sudahlah,
Aku pergi,
Tapi kali ini,
Aku harap engkau tidak datang balik dan berkata;
"Aku ego maafkan aku, aku sayangkan engkau, aku tak dapat lupakan kau"
Mungkin masa itu,
Hati aku sudah pudar untuk kau,
Tiada lagi ruang hati untuk kau.

Maafkan aku. 
Terima kasih kerana pernah buat aku gembira sebelum ini.
Ukhibbukafillah ya akhi.
Assalamualaikum



Older Post | Newer Post

Welcome Note

Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is Nurfarah Damia . Facebook
Twitter







Let's Talking here!









Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia
Other: